Saturday, October 1, 2011

Kilang proses ikan baja dicadang bina di Tok Bali


BACHOK – Sebuah syarikat tempatan bercadang membina sebuah kilang memproses ikan baja di kawasan Pelabuhan Perikanan Tok Bali, Pasir Puteh dengan nilai pelaburan RM3.5 juta awal tahun depan.
Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) cawangan Kelantan, Wan Mohd Adnan Wan Ibrahim berkata, kilang tersebut berkeupayaan memproses antara 2,000 hingga 3,000 metrik tan ikan dalam sebulan.

“Syarikat berkenaan akan menggunakan teknologi dari luar negara yang mesra alam iaitu tidak mengeluarkan bau busuk dan berhabuk yang mencemarkan alam sekitar,” katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata kewujudan kilang itu diharap dapat mengelakkan penjualan ikan baja ke negara jiran oleh nelayan tempatan selain dapat memberi pekerjaan kepada keluarga nelayan untk menambah pendapatan.
Pelabuhan Perikanan Tok Bali adalah antara yang termoden di kawasan pantai timur dan siap dibina pada tahun 2003 dengan kos melebihi RM86 juta di kawasan seluas 21 hektar.
– BERNAMA

No comments:

Post a Comment