Pengenalan

Jandafm telah dirasmikan pada 1 Okt 2011. Stesen radio online yang bersifat komersial dan sesuai didengar oleh semua lapisan masyarakat kerana siarannya yang tidak  tertumpu pada satu skop sahaja. Siaran radio Jandafm dapat diakses atau didengar di http://jandafm.blogspot.com dengan mengaplikasikan tagline ‘Bukan Sekadar Nama’. Tagline ini digunakan kerana siaran yang disediakan di radio JANDAFM bukan berbentuk hiburan semata-mata, tetapi juga menyalurkan pelbagai info terkini kepada para pendengar radio agar sentiasa peka dengan perkembangan semasa. Teknik penyampaian secara santai dan program-program interaktif yang menghiburkan menjadi kunci utama untuk menarik ramai pendengar radio yang kini di lihat menggemari konsep seumpama ini.